❝ Muslimah Rokes ❞
Home About Facebook Askfm Instagram follow
Things that reminds me of you.

— things that reminds me of you.

Honestly, bila bau simen macam ni, auto-teringat arwah atuk.

Betapa aku membesar melihat atuk bekerja sebagai kontraktor pembinaan, baik pembinaan di rumah sendiri suatu masa dulu, atau di surau, atau di rumah kawan-kawannya.. aku membesar melihat semua proses pembinaan itu. Bahkan aku sering membantunya membancuh simen dan meratakannya bersama batu bata yang ada.. seusia sekolah rendah aku melihatkan itu semua.

Saat itu di dalam fikiranku hanya bermain, mencuba-cuba dan berseronok saja.. tapi hari ini, aku baru sedar, bahwa sesungguhnya aku tidak lagi mampu melihat orang melakukan proses itu seperti dulu. Fikiranku terbang kembali ke memori bersama arwah, dan aku menjadi sebak dengan tidak semena-mena.

Aku menyangka bahawa aku telah berjaya melalui ujian kehilangan ini dengan sebaiknya, tapi ternyata masih banyak hal yang mengingatkanku kepadanya. Betapa memori masa kecilku dipenuhi dengan sosoknya, dan betapa kegiranganku semuanya adalah berpunca dari sifatnya yang suka melayani aku sebagai cucunya yang paling lincah.

Atuk, terima kasih kerana sudah banyak mewarnai hari-hari kakak..
Terima kasih kerana sudah selalu sabar melayani telatah kakak yang tiada hentinya..
Terima kasih kerana sudah terlalu banyak meluangkan masa bersama kakak,
bahkan hingga kakak ke bangku sekolah menengah, atuk masih melayani..
Atuk, terima kasih...

Kakak masih begitu merindui..
Semoga atuk diampuni dan dirahmati..
Bisirril faatihah.....


— Adawiyah.
13 Jan 2021, 6.20petang.
Luapan Jiwa


— luapan jiwa.

Melihatkan gambar ini di wall fb, aku mengerti bagaimana rasanya luapan jiwa yang tidak tertanggung itu.

Aku pernah begitu ingin menziarahi kuburnya. Aku pernah begitu serba tidak kena. 
Aku pernah merasai jiwaku yang begitu membuak-buak seakan tidak punya masa lagi untuknya bertahan.
Aku pernah begitu rindu hingga hanya ingin menatap pusaranya saja dan berbicara di dalam hati saja.
Aku pernah demam kerana rindu.

Itu semua aku lalui sendiri, dan aku menguruskannya sendiri.

Aku mengerti bagaimana rindu itu menyerang.
Aku mengerti bagaimana rindu itu menyakitkan.
Aku mengerti bagaimana rindu itu menghidupkan.

Itulah rindu.
Bahasa rindu itu tidak mudah diceritakan,
tapi ia sungguh tidak mudah dihilangkan.

Bahasa rindu itu tidak semua mampu memahamkan,
tapi kau harus tahu, ia cukup menghancur luluhkan jiwa yang sudah tidak tertahan.

Bahasa rindu itu bukanlah sebuah bentuk ketidak-penerimaan kita pada takdir Tuhan,
tapi justru sebuah perasaan yang dikirimkan Tuhan sebagai bentuk cinta dan pelajaran tentang kehidupan.


— Adawiyah.
14 Jan 2021, 1.36pagi.
Beratnya ujian

 
Selalu kita merasa hidup kita begitu diuji.
Tapi selalulah mendidik hati, bahawa semua ujian itu tidak ada apa nilainya. Tidaklah kita ini diuji dengan sebegitu hebatnya dalam kehidupan. Sesusah-susah kita, masih ada yang lebih susah. Sepayah-payah kita, masih ramai yang lebih payah..

Tidaklah hidup kita hanya berkisar tentang mendung dan gelapnya langit kehidupan, pasti dan pastinya ada sinar kebahagiaan walau di mana jua kita berada.. bukankah Dia mengajarkan kita memulakan al-fatihah dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang? 

Bahagia itu ada walau dalam derita.
Bahagia itu pada jiwa.
Bahagia itu ada pada keimanan dan taqwa.
Bahagia itu ada pada hubungan yang ceria.
Bahagia itu sederhana.

"Bersyukurlah dan berbahagialah kerana kamu ada Allah Ar Rahman ar Rahim...
Dan Kita ada Rasulullah SAW..." - Ayahnda.

- Adawiyah.
12 Jan 2021, 10.40pagi.
Saling yang tak mungkin bersama.

Confession.

Soalan: 

Dia bagitau dia suka dekat kita, tapi kita anggap dia kawan,lebih selesa berkawan dengan dia. So kau akan cakap apa dekat dia?


Jawapan:

Goshhhh hahah aku selaluuuu kena camni 😂
Ended up dengan aku friendzone habis habisan dan aku akan pesan kat dia supaya tidak menaruh harapan dan cinta kepada aku sebab aku taknak melukai, dan aku pun taknak mencintai yang belum pasti. Aku akan suruh jugak dia fokus pada life dia, pada family dia, dan jangan stalk aku. Selalunya aku akan block atau remove from follower camtu.

Percayalah aku pun selalu overthink pasal ni, takut hati dia patah dll. Kesian la kena friendzone dengan crush en hahaha. Tapi memang nak tak nak memang aku terpaksa distance myself lah dengan dia, siapa suruh dia confess dengan takde plan nak masuk minang dalam masa terdekat? Hahah. Cuba kalau confess tu dengan niat yang bebetul nak terus bawak family ke kan, ha mungkin aku terima 😂

Aku takdela jual mahal, tapi sejenis yang realiti, taknak bermimpi di siang hari. Kalau bagitahu suka, dan kemudian expect aku terima dia dalam takde langkah yang serius, nak couple, bermain perasaan, memang taklah. Aku taknak main dengan perasaan. Aku taknak bazirkan masa dan tenaga. Sebab aku tahu, aku kalau dah start sayang seseorang, aku memang akan all out untuk orang tu. Semata sembang suka je buat apa, cer datang bawak family, bolehlah consider.

Kalau aku tak suka, aku akan cakap terus terang aku tak suka. Kalau aku anggap kawan pun, aku cakap terus terang. Dan aku pun yakin, even kalau aku anggap dia kawan je pun, tapi kalau dia serius dan aku nampak effort dia, slowly mesti aku jatuh hati jugak kat dia. Tapi dengan cara yang betullah, taknak main-main. Dah besar kan.

Ramai yang serius confess,
Tapi tak ramai yang serius nak menghalalkan.
Sekianz ✌🏻
About

❝ ما لنا مولًى سِوَى الله❞


P.s; entri dekat sini semua biasa je. Lebih pada coretan, curhat dan bebelan Adawiyah je rasanya aha. Sorry for the messy-random-thoughts here. Kalau ada yang salah minta tolong tegur supaya boleh diperbetulkan. Tau?Terima kasih!

Eh, oh ya! Doakan saya. Walaupun tak kenal ke tak rapat ke malu ke apa ke, doakanlah saya. Hehe, terima kasih! ^.^

Selamat membaca!
Tagboard
Leave your footprints, comments, critics and thoughts here, so that I can improve myself in a better life, InshaAllah :)
Credits
Layout by mymostloved, brushes and background.